Isnin, 22 November 2010

Hari Tandas sedunia

Hari ini adalah Hari Tandas Sedunia.Sambutan akan dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Dato Wira Chao Chee Cheung.Mari kita pakat bersihkan tandas bersih macam iklan C0lgate.

rangking jenayah rogol

Malaysia jatuh rangking ke 35 jenayah rogol didunia. Pertama afrika Selatan,diikuti Seychlelles dan ketiga Australia

Sabtu, 20 November 2010

Raja terkaya di dunia

h
Raja Bhumibol Aduyade adalah Raja terkaya di dunia dengan pemilikan harta sebanyak US$30 billion diikuti pula oleh Sultan Hasanul Bolkiah US$ 20 billion. Permaisuri Elizeberth jatuh rangking ke 12 US$450 juta.

Rabu, 17 November 2010

Tower

Tahun Satu mula belajar Pendidikan Seks

Kerajaan seolah-olah merestui seks bebas dikalangan pelajar sekolah, pendidikan seks akan diajar di semua sekolah di Malaysia mulai tahun depan (2011) bermula dari pelajar sekolah rendah Tahun 1 lagi.

Di negara barat salah satu objektif pendidikan seks ialah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bawah umur, bukan untuk mengelakkan diri daripada berZINA.

selepas ini..bebudak pandai....kah..kah
pandai pakai kon...... kah ...kah

Ahad, 14 November 2010

Parti Liar VIP

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi ( anak Ismail Sabri Bin Yaacob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ) tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin (anak kepada Ahli Parlimen Setiu) tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib (anak PM Malaysia) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin ( Anak kepada hishamuudin Hussin Onn) yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K ( laki Siti Norhaliza).Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri (anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus) tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah (pelakun drama Nur Kaseh ). Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.

Malas nak mampus



Ahad, 5 September 2010

Pemburu Lailatul Qadar.

Rebutlah peluang baki terakhir malam lailatul qadar dengan imarahkan masjid.Ibadah bersama keluarga. Masih ada lima hari lagi.Tinggalkan persiapan,hari raya yang kekadang melekakan kita,melupakan kita kepada tuntutan allah.Dah perfekkah kita sepanjang ramadhan ini.Solat kita, terawih kita, qiamullail kita, puasa kita, bagaimana dengan sedekah kita?. Mampukah untuk menempatkan kita di syurga Allah?

Aduhai pemburu lailatul qadar. Manusia terlalu ghairah memburu laitul qadar. Itu baik. Tapi mengapa ajarannya di tolak. Hukum hakamnya kita bakulsampahkan. Ibarat menyambut maulidnabi. Berselawat bagai nak rak. Tapi diri nabi kita takperlukan. Sambut harijadinya.Tapi tuan punya harijadi tak suka. Marilah kita membuat perubahan .Masih ada 5 hari lagi. Jangan berkira-kira mengejar pahala. Oh kalau aku dapat malam lailatul qadar. Pahalanya banyak. Menyamai ibadah 83 tahun. Woo!. lepas tu ke surau pun tidak, ke masjid jauh sekali. Ingat tajut-takut kita tidak bertemu ramadhan lagi. Marilah kita rebut peluang malam terakhir bulan ramadhan...

Ahad, 15 Ogos 2010

AMALAN CEMERLANG DI RAMADHAN .


1. MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT TERAWIH..... BERJEMAAH YANG TERBAIK.
.
2. PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT YANG LAIN
.
3. BERI SEDEKAH KEPADA YANG MEMERLUKAN
.
4. BERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA... HANTAR SEPINGGAN JUADAH KESURAU PUN OK.
.
5. BANYAKKAN BERZIKIR, SYAHADAH DAN BERTASBIH... DALAM JAM PUN BOLEH BUAT... SEDANG TENGOK TV PUN BOLEH ZIKIR.
.
6. BANYAKKAN BERISTIGHFAR DAN BERTAUBAT... MINTA AMPUN ATAS SEGALA DOSA DAN KEKURANGAN KITA TERUS PADA ALLAH.
.
7. BANYAKKAN DOA SUPAYA DIBEBASKAN DARI API NERAKA DAN MENDAPAT SYURGA ALLAH. SESUNGGUHNYA SYURGA RINDU HAMBA ALLAH DI BULAN RAMADHAN.
.
8. BANYAKKAN BERSABAR KERANA RAMADHAN ITU BULAN KESABARAN DAN SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.
.
9. TINGGALKAN SEGALA PERBUATAN MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN. STOP MENGUMPAT, FITNAH , BERBOHONG, BOROS DAN BERHARSAT DENGKI. KALAU TIDAK PUASA KITA HANYA DAPAT LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA.
.

Puasa elak obesiti

KUALA LUMPUR: Kadar peningkatan masalah obesiti dan diabetes di negara ini boleh dikawal jika umat Islam mengambil kesempatan menunaikan ibadat puasa mengikut prinsip sebenarnya.
Malangnya, ramai yang sebaliknya bertindak mengikut nafsu dengan makan lebih banyak, termasuk makanan manis dan berlemak pada tempoh antara waktu berbuka hingga sahur berbanding hari biasa.

Presiden Persatuan Obesiti Malaysia, Prof Dr Ismail Noor, berkata walaupun berpuasa pada siang hari tetapi pengambilan kalori pada sebelah malam menyebabkan berat badan tidak berkurangan dan mendedahkan diri kepada risiko obesiti.

“Usaha mengurangkan berat badan walaupun hanya 10 peratus bermakna merendahkan risiko diabetes antara 30 ke 40 peratus.

“Walaupun tiada kajian khusus mengaitkan kesan berpuasa dengan penurunan berat badan, namun puasa yang dilakukan mengikut prinsipnya boleh membantu mengurangkan berat badan.

“Apabila berbuka puasa, jangan makan berlebihan. Juadah berbuka memang menyelerakan dan kita juga perlu makanan untuk untuk dapatkan tenaga namun anda juga perlu mengawal pemakanan,” katanya.
Beliau mengulas tabiat masyarakat Muslim negara ini yang lebih mengutamakan juadah manisan untuk berbuka.

Di Malaysia, kebanyakan kes obesiti dikaitkan dengan masalah diabetes dan sehingga kini 1.2 juta rakyat dikesan menghidap penyakit itu dengan lebih 98 peratus adalah dari Jenis 2.

Malah, kadar peningkatan kes diabetes di negara ini turut menyamai kadar penyakit yang sama di negara maju.

Misalnya, Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kebangsaan pada 1986 mencatat 6.3 peratus penduduk adalah pesakit diabetes dan angka itu meningkat kepada 8.2 peratus pada 1996 dan 14.9 peratus pada 2006.

Statistik 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah mereka sudah mula menerima suntikan insulin sejak berusia setahun.

Amalan pemakanan yang betul serta melakukan aktiviti senaman secara berkala dengan betul dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami masalah obesiti yang turut menyumbang kepada punca pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sabtu, 19 Jun 2010

Pelajar didenda

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara maksimum selama dua tahun dan denda RM8,000 ($3,415) terhadap seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi.

Ini selepas dia mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat bayi lelaki dilahirkan teman wanitanya di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19 tahun, yang dituduh bersama teman wanitanya seorang pelajar berusia 15 tahun, melakukan kesalahan berkenaan antara 12 dengan 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.

Takut tengok bebudak sekarang....
Main cuba aje...
Mengandung buang....
Marilah kita pakat....bendung gejala ini...

Lagi sokong judi

Menyokong judi bola sepak


Banner Amno Kuala Terengganu sokong judi

Judi bahaya untuk semua agama...Tak tahu ke..kah.kah.
Porak peranda institusi parti ..kah..kah.
kamu pulak sokong ..kah..kah..
Muka lama tak nampak...kah...kah
Sokong untuk PPRU-13..kah..kah.



Kick Otai


Udah banyak kali keluar masuk penjara. Orang kata,kubur kata mari. Rumah kata pergi. Masih jua tidak sedar diri. Idris Mahat 61 tahun dipenjara kerana kesalahan memiliki dadah.

sinar iman taada dalam diri
tertutup pintu hati
moga Allah beri peluang untuk taubat.

Selasa, 15 Jun 2010

Lagi sokong judi

okongan kepada langkah kerajaan mengeluarakan lesen judi sukan semakin kedengaran -- hari ini daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.

Presiden persatuan itu Datuk Dr Jacob George berkata, sebelum ini hasil tersebut hanya dinikmati oleh sindiket haram yang mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit daripada aktiviti pertaruhan haram tersebut.

Sokongan itu timbul berikutan seruan sama yang disuarakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang turut mengkritik golongan yang menimbulkan bantahan sebagai "bermotif politik".

"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih


Dengan benar judi akan menambahkan hasil negara...kah..kah...
Akan bantu bidang pekerjaan.....kah..kah..
Ini satu lagi ..mangkuk ayun....
Ko tahu tak semua agama kutuk judi.
Macam mana boleh jadi ketua pengguna....kah..kah...

Isnin, 14 Jun 2010

Ustaz Hasan Shukri kembali ke rahmatullah


Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.


khutubkhanah..pakar perlembagaan parti...

seorang yang sangat sederhana....

moga dicucuri rahmat rohnya..




Tun Mahathir sokong judi ?



"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya menyokong tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu. - Dr Mahathir

ni yang susah ...
bercakap berdasarkan lojik akal..
sedih benor....Tun sanggup cakap demikian rupa....
Tun..oh Tun....

Jumaat, 11 Jun 2010

Hipokritnya pemimpin Malaysia


Kapal-kapal israel dibenarkan menggunakan pelabuhan berkenaan sejak 1998 lagi!Kebenaran menggunakan pelabuhan di Malaysia dilakukan melalui Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines).
Perkara ini disahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan semalam.

Kalau belum ajal





Hujan lebat di Kampong Bharu kelmarin ,telah menyebabkan sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta.Namun pemandu tersebut berjaya menyelamatkan diri.


Ni kalau belum ajal...ha..ha
Bersyukur akak oi.....
mujur selamat......

Kalau dah ajal

SUNGAI BULOH: Seorang adik sayu apabila terpaksa menyaksikan kakaknya terkapai-kapai sambil meminta pertolongan selepas terjatuh dalam sebuah tangki najis sedalam 1.6 meter yang tidak digunakan lagi di rumah mereka, di Sungai Pelong di sini, semalam.
Lebih menyedihkan apabila Azmun Abdul Karim, 45, mendakwa terpaksa menyaksikan kakaknya, Azlinah Abdul Karim, 47, menghembuskan nafas terakhir dalam tangki najis berkenaan. Malah, katanya, usahanya untuk membantu mengeluarkan kakaknya daripada tangki berkenaan juga gagal. Semuanya bermula kira-kira jam 11.40 pagi, apabila mangsa yang bekerja sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Putra mengemas kawasan rumahnya. Azmun berkata, Azlinah yang keletihan duduk atas penutup bekas tangki najis berkenaan. “Ketika itu, saya memasak di dapur sebelum dikejutkan dentuman kuat di belakang rumah. Beliau meninggal dalam perjalanan ke Hospital.

ajal maut kuasa ALLah...
beringatlah kita semua....

Selasa, 8 Jun 2010

Yahudi Laknatullah


An Israeli soldier stands next to boxes of medical supplies taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week and are being stored at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing but returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies.

Muka macam orang Arab
Jahat nak mampus.....kah..kah
memang laknat betul
Ubat ni patutnya untuk Gaza...

Mufti tolak judi

MUFTI PERTAMA DI MALAYSIA MENOLAK JUDI

Selangor mufti Sahibus Samahn Mohd Tamyes has issued an edict that Muslims who approved gambling were committing a crime against religion and their peers.
He said there was no logic or plausible reason to allow widespread gambling because all quarters agree that gambling brought decay, even if the profits from the vice was used for charity.

Sahibus was commenting on Berjaya Corporation Group (BCG) tycoon Vincent Tan’s announcement that he will be donating RM525 million from the sale of his personal stake in Ascot Sports, the company awarded the sports betting license.
Tahniah....Sahibuh samaha..
Ini baru bebenor mufti...
Berani kerana benar...
Yang benar tetap benar....

Isnin, 7 Jun 2010

Gambar Sukarelawan GAZA di Turki








Nah ni dia....pemimpin...
Tahniah turki......
Kalau Turki tak ugut nak serang Israel..
Mahu ramai lagi sukarelawan tu dibunuh..

Judi memang haram







Al-Quran menegaskan amar makruf nahi mungkar menjadi syarat utama kepada masyarakat mithali. Tentu, kita mahu 1Malaysia menjadi 1Masyarakat yang mithali. Dalam menghuraikan perihal amar makruf nahi mungkar terdapat sebuah Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi, Nasa’ei, Ibn Majah serta Ibn Hibban yang sering dirujuk, ”Dari Thariq bin Syihab, daripada Abu Bakar katanya: ’Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman.'

Usah diam sahaja.Mari bangun menunjuk kebenaran.Benar tetap benar. Judi tetap haram,tidak kira juda apa pun. Bangkitlah umat Islam.Mahasiswa.Pekerja swasta
Berkhidmat dengan kerajaan.Buruh.Nelayan. Koperat.pelajar.Orang Kampong. Judi adalah Haram mari kita tentang.

kalau udah gila judi....
semua jadi sasau...
semua agama tolak judi...kah...kah..
tak kiralah judi apa pun oi....

Antara syarikat Israeil di Malaysia














Israel's Ness buys APAR Infotech for $78 Millions
By: IANS - Wednesday, 14 May 2003, 00:00 Hrs

Ness Technologies, one of the largest IT services and solutions providers in Israel, has purchased APAR Infotech, a U.S.-based Indian-owned software company, for $78 million.

In malaysia Ness setup Ness global services Sdn. Bhd. from Singapore partner and buy over Apar technologies in Malaysia. Go to google.com you will get list of detail about this company "ness israel in malaysia"

Company ini dalam usaha mendapatkan MSC status. "Benci Israel tapi mahu adakah hubungan perniagaan". Ini menunjukan secara tidak langsung Malaysia memberi sumbangan kewangan untuk kerajan Israel untuk menghapuskan Palestine".

Bagi pendapat saya. Sesiapa pernah pergi ke Israel tidak perlu dibenarkan memasuki Malaysia. Contohnya Madujeet pengarah NESS Global Service yang datanag dari Singapore perlu diperiksa. Rujuk link di bawah;

http://margeemar.blogspot.com/2010/06/terbongkar-syarikat-israel-beroperasi.html
http://www.allbusiness.com/company-activities-management/company-structures-ownership/5777822-1.html

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Madujeet daripada Singapura untuk dijadikan rakan perniagaan di Malaysia. Kini Madujeet dalam usaha mendapatkan contract dari Petronas. Pada 29/5/2010 Madujeet bersama rakan sekerja di Malaysia Rajeev Nair telah pergi ke Kuantan untuk berjumpa dengan pegawai pengurusan di Petronas Chemical. Rujuk link: http://www.malaysiakini.com/news/54677

Pemuda umno sampai sekarang masih belum senaraikan Syarikat Israel yang beroperasi di Malaysia. PKR perlu buat sesuatu. Rujuk link;

Read more: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/06/satu-lagi-syarikat-israel-di-malaysia.html#ixzz0q7gRKVJE

ha apa tunggu lagi.....
halau aje APCO tu....
takut....kah..kah....kah

Sabtu, 10 April 2010

Awas Facebook.......

Facebook adalah satu tool yang sangat berguna.Amat mudah untuk anda menghubungi kawan-kawan,saudara mara atau ahli-ahli politik (yang diragui reti atau tidak ber-facebook).

Facebook juga dapat dijadikan satu medium untuk anda mempamerkan kemahiran anda.Aku tengok ramai yang letak gambar-gambar cantik yang anda tangkap,lukisan atau hasil2 artwork dan juga bakat nyanyian anda dalam video-video yang dipamerkan.

Apakah kelebihan Faceook?

Facebook mampu menghubungkan ramai orang dengan anda asalkan mereka tahu apa nama anda.Tetapi,akibat daripada kepopularan Facebook ni,ada juga pihak lain yang menggunakan Facebook sebagai satu medium menilai diri anda,dalam bentuk lebih jelas lagi,bakal majikan anda.

Katakanlah,anda menghadiri satu interview di sebuah syarikat,anda menghantar sebuah resume yang hebat,anda juga mempunyai pengalaman kerja yang mencukupi dan anda juga mempunyai set of skills yang jauh melampaui kehendak asas syarikat itu. Kemudian interviewer anda pun membuka Facebook dan menaip nama anda,"Polan bin Polin"...keluarlah habis segala status update anda yang diupdate setiap jam

Kentut...













Seorang banduan di penjara Sweden diberi amaran selepas sering kentut sebagai cara menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbir pusat tahanan itu dan sistem perundangan.

Pengawal di penjara Kirseberg menuduh banduan yang tidak dinamakan itu sengaja kentut untuk memprotes terhadap corak kehidupan pusat tahanannya.

Motif perbuatan banduan terbabit dianggap berpunca daripada satu sesi bermain pakau dengan banduan lain, beberapa minggu lalu.

Jual dadah cara MLM














Polis Johor semalam membongkar kewujudan sindiket pengedaran dadah di negeri ini yang turut mengamalkan kaedah MLM bagi meningkatkan jualan di kalangan penagih.

Lebih menarik, bekalan dadah itu dibungkus menyerupai pakej bungkusan kerepek ubi.

Sindiket terbabit difahamkan pada mulanya mencari individu yang akan bertindak sebagai downline.

Downline itu kemudian akan mengedar dadah tersebut kepada pelanggan yang telah dikenal pasti terutama di pusat-pusat hiburan.

Difahamkan, kalangan downline sindiket itu pula akan mendapat komisen daripada sindiket terbabit jika berjaya menambah rangkaian downline masing-masing.

Rabu, 31 Mac 2010

Lucutkan gelaran Datuk Seri

DUN Perak: Syor undi lucutkan gelaran Datuk Seri, Datuk terhadap Nizar dan Ngeh

IPOH: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.

Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi.

udah tak ada usul lain...
Ini pun boleh jadi usul ye...
bagi Datuk Seri ni kat dia...

Khalwat

Ahli politik khalwat gadis bawah umur

TANAH MERAH: Seorang pemimpin politik
bahagian Tanah Merah berusia
54 tahun ditangkap khalwat bersama gadis
bawah umur di sebuah hotel
di jajahan ini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan bersama gadis berusia 16 tahun ketika serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIK) Tanah Merah bersama lapan penguat kuasa diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga jam 1.30 pagi.

Wau...apa nak jadi.
Ahli politik mana.
DAP PAS. UMNO atau KEADILAN...He..he..

Lari bersama kekasih.


Pelajar pintar berusia 15 tahun lari bersama abng angkat, berusia 19 tahun. Mereka akan kahwin. Itulah rumusan berita.

Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

Inilah masalah remaja kita..
semuanya alah dengan cinta..
Awal awal lagi cinta.
Awal lagi adik angkat. abang angkat.
Jang oh jang. Apo ko nak makan.
Belajarlah dulu..

Aduhai mu dok pintar lagi....

Rabu, 24 Mac 2010

Orang Melayu berjudi


pakai baju Melayu lagi...kah....kah..kah..
Ni sah...hari Jumaat......Kah..kah..kah...
sah tak pergi Jumaat... kah...kah...

Ahad, 21 Mac 2010

Boikot Coca Cola



Coca cola akan mendirikan kilangnya di Nilai Negeri Sembilan. Sasarannya menguasai 60% minuman tempatan.

Gambar hari ini....


keadaan kereta mangsa


tesepit dicelah kren


suami tercinta memberi semangat


setelah dipotong bumbung kereta.

alhamduillah selamat..

Syukur alhamdulillah...............
Berpantang maut sebelum ajal.....

17,000 ribu anak luar nikah...........

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

sepatutnya hudud dijalankan.......
beberapa cara dah tak boleh menyelesaikannya....
Dah kembali sperti zaman jahiliah...hi..hi...hi...

Jumaat, 19 Mac 2010

Gambar Demo orang asal




mereka jua mahu bersuara......

mereka juga tidak puas hati....

mereka senyap-seyap berdemo kat Putra Jaya... hi..hi..

Dua Kopitiam halal...




Kopitiam tumbuh macam cendawan , antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Maksiat di Kepong ...............

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berperwatakan alim kerana sering berkopiah dibelasah selepas perbuatan terkutuknya meliwat seorang remaja diketahui abang ipar mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan kejinya itu, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong selepas remaja berkenaan menceritakan kepada abang iparnya yang dia diliwat lelaki berkenaan yang berusia pertengahan 50-an.

Menurut sumber, mangsa mendakwa dia menjadi habuan seks lelaki berkenaan sebanyak lima kali sejak dia berusia 15 tahun, namun tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada keluarganya kerana takut dimarahi.

lagi masalah sosial di Kepong....
bahaya orang berlagak alim ni....
pakai kopiah nak lindung kejahatannya...kah..kah...

Benjy...........

Benjy direman seminggu lagi.....

Khamis, 18 Mac 2010

Sungai dalam laut



Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.

Menarik hari ini...


Orang Asal tak puas hati dengan gomen..


Mereka bukan makan-makan..mereka berdemo....kah..kahh..

mereka udah boleh fikir
mereka udah celik IT.....

Selasa, 16 Mac 2010

Pemimpin Rakyat.............
















kita make ala kader je....
ramai rakyat susoh....

Arak free di Melaka
















Melaka bukan sahaja bandar bersejarah
malah bandar hiburan dan maksiat.

tak sensitif langsung...
mana JAIM...
Mana PERKASA...
Mana Zul Kulim....

Pengajaran penangguhan GST

BULAN lalu kita bincang dengan panjang lebar mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Servives Tax – GST) bila pakar percukaian kerajaan, Datuk Kamariah Hussain, dilaporkan berkata cukai itu tidak akan membebankan pengguna.

Katanya, GST akan mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Ertinya beban cukai rakyat jelata berkurangan RM1 bilion.

Tetapi tidak lama sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata GST akan meningkatkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Maksudnya beban pengguna meningkat RM1 bilion.

GST ni cerita lama. Zaman Tun Hussein dulu dah cakap. Zaman Tun Dr Mahathir pun cakap juga. Tapi hanya pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini era Mohd Najib Abdul Razak, pemerintah beria-ia melaksanakannya.

Kita tidak menafikan keperluan kerajaan terus mencari hasil untuk mentadbir dan membangunkan negara. Tetapi kita juga tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat jelata.

Sekarang, setelah jelas bahawa cadangan GST itu mendapat tentangan rakyat jelata dan menghadapi ancaman tunjuk perasaan di Bangunan Parlimen, Pentadbiran Mohd Najib membatalkan bacaan kali kedua rang undang-undang cukai baru itu.

Kita harap penangguhan ini bukan taktik politik atau percubaan mengelirukan perbahasan mengenai isu ini, tetapi kerana pemerintah telah sedar bahawa ia telah tergesa-gesa membentangkan rang undang-undang itu.

Kalau ditanya para pakar dan penasihat yang hanya peduli soal hasil kerajaan tetapi kurang peduli atau tidak peduli akan kesuntukan hidup rakyat jelata, memanglah apa jua kaedah yang boleh menambah hasil kerajaan adalah baik.

Jadi, eloklah mulai sekarang pemerintah turut mendengar keluh kesah dan berdialog dengan rakyat jelata, pembayar cukai dan pengundi daripada hanya mengiakan nasihat pakar dalam dan luar negara. Mereka ini hanya peduli mengenai gaji dan yuran yang mereka peroleh.

Kalau tidak, bukan sahaja pemerintah akan menjadi lebih tidak popular, tetapi yang lebih memalukan ialah apabila ia terpaksa melakukan “flip-flop” pada saat-saat akhir.

Apatah lagi Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa era Internet telah merobohkan banyak benteng yang memisahkan manusia.

Kini, jika beliau peka, beliau boleh memperoleh maklum balas bukan sahaja daripada media massa arus perdana, tetapi lebih banyak dan meluas daripada saluran maklumat yang berlandaskan Internet.

Hal yang sama haruslah juga diamalkan dalam usaha merangka Model Baru Ekonomi dan apa jua dasar atau rancangan yang menyentuh kepentingan umum.

Lagipun, apalah salahnya pemerintah mendengar keluh-kesah rakyat jelata dan meminta nasihat mereka yang berpengalaman, khasnya veteran dalam pelbagai bidang.

Orang lama ni mereka tidak ada cita-cita lagi selain membantu agar masa depan anak cucu mereka dan anak cucu kita sejahtera, aman dan makmur.

Rasa-rasanya, tidak ada seorang pun daripada mereka yang hendak jadi Perdana Menteri atau Presiden Umno semula.

Sebaliknya, orang muda dan para penasihat yang sentiasa memuji dan memuja Perdana Menteri itulah yang perlu diperhatikan.

Bukan apa, kita takut mungkin – saya ulang, MUNGKIN -- ada di antara mereka yang bercita-cita politik dan korporat atau setidak-tidaknya pun untuk menjaga dapur agar terus berasap.

Ibarat kata ungkapan Melayu, sokong membawa rebah! Nasihat umpama jadam. Pahit, tetapi kalau dituruti boleh menjadi penawar kepada racun yang paling bisa. Gula memang manis, tetapi mati semut kerana gula.- A kadir Jasin

Isnin, 15 Mac 2010

Gambar MP Lompat


Kelihatan anggota Parlimen Bebas, (dari kiri) Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menghadiri majlis perasmian Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di sini hari ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan penuh adat istiadat. Mesyuarat pertama penggal ketiga akan bermula esok dan berakhir 15 April. - foto BERNAMA

Ahad, 14 Mac 2010

Ayah Pin laknatullah..


1. Hukum boleh bernikah dgn kanak-kanak adalah hukum jahiliyah yg Muhammad bawa masuk dlm Islam. Berkata Al-Mutawaffi dlm kitabnya Al-Mujabbar: Brgsiapa berhukum pd zmn jahiliyah dan Islam redo dgn hukum itu maka jadilah ia HUKUM ISLAM. Hukum Islam memang tidak bertamadun membenarkan kanak-kanak kecil menikah, rendah tamadun mcm jahiliya

2] Berita di Klantan budak 10 tahun dikahwinkan. Tok ayah x terkejut kerana Muhammad kawin dgn Aisyah pd umur aisyah 6 tahun dan menggaulinya pd usia 9 tahun. Bygkn lelaki berusia 50 tahun mlakukn seks dgn budak 9 thun. Sgt tidak brmoral nabi umat Islam ini. Inilah bukti rendahnya moral Islam yg diajar oleh Muhammad. Tinggalkan agama tidak brtamadun ini!

- sumber facebook Ayah Pin

nak tangkap ayah Pin ni susah sangat ke..
kalau zaman rasulullah dah kena pancung....
Sudahla mengaku keluar Islam.
Hina pulak Nabi...
Zul Kulim harap jangan diam aje.. ong--eng
Ustaz Jamil Khir tolongla tengok mangkuk ni.. hi..hi.

Benjy Terlibat Sindiket Edar Dadah?



PETALING JAYA: Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini hari ini.

anak-anak ingatla emak ayah... takut depan emak ayah baik... kena perhati...selalu pantau walaupun dah berumah tangga..

Pemain gitar Ekamatra ditangkap



KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pemain gitar kumpulan Ekamatra ditangkap penduduk Pangsapuri Flora Damansara dekat sini selepas didapati cuba memecah masuk sebuah rumah di tingkat enam rumah pangsa itu awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tersebut, suspek yang berambut panjang sebelum itu dilihat berlegar-legar di hadapan rumah jirannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek kemudian cuba membuka pintu rumah itu dengan memotong mangga.

sekarang ni semacam trend pula...
buat sesuatu tak fikir dulu...
sendiri buat sendirilah tanggung...

Isnin, 1 Mac 2010

Fairus keluar keadilan

Fairus mantan Ketua Menteri 1 PP menjelaskan ia keluar parti demi kepentingan Islam
Hari ini pula AMKPP mendedahkan wajah sebenar Fairus. Beliau sebenarnya tidak layak langsung menggunakan alasan ‘demi kepentingan islam’ walhal sewaktu beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Exco Agama, 7 kali beliau TIDAK PERNAH LANGSUNG menghadiri mesyuarat dengan JAKIM sehingga menimbulkan kemarahan Presiden PKR & pimpinan negeri termasuk
Y.A.B Lim Guan Eng. Inikah yang dikatakan nak membela agama Islam

Sabtu, 27 Februari 2010

Kejamnya manusia...


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.